Cream Puff

Author: Delliema // Category:
Salam dan Selamat Pagi semua.....

Hari ini nak update untuk entri baru iaitu... Cream Puff... ramai yang suka cream puff ya...??.. mestilah sebab saya pun suka sangat cream puff ini... sebiji dua biji memang tak cukup... sekali ngap tak perasan dah telan berapa biji tah... hehehe:) mana taknya.. kuih ni kan lembut dan berkrim memang sedap sangat... tapi selalunya buat untuk tempahan jer kalau ader lebih baru ler dapat makan sendiri... tapi tak per... tempahan harus didahulukan...

Baiklah, melalut pulak dah ni.... hari ini nak update entri untuk tempahan.. hari sabtu lepas saya menerima tempahan dari seorang gadis berbangsa cina yang membuat tempahan cream puff ini... terima kasih untuk tempahan Cik Kelly dari USJ 19.... beliau memesan 100 biji cream puff untuk majlis dirumahnya... seperti biasa cream puff ini memang sedap kalau fillingnya dari kastad... kalau filling lain tu tidak penah cuba lagi... takut tak sedap jer... tapi kalau anda nak cuba boleh jer... hehe...:) Selepas itu pada waktu malamnya saya menyediakan tempahan cream puff juga yang dipesan olah Cik Rina dari Shah Alam yang membuat tempahan yang sama... 1 hari ada 2 tempahan untuk cream puff... ramai betul peminat cream puff ya...:)

Ini Cream Puff sebelum dibakar.. saya menggunakan nozzel bintang untuk mendapat kan bentuk selepas siap dibakar nanti...



Ini pula Cream Puff yang telah siap di bakar... comel kan... kuning keemasan...:)


Pandangan dari dekat... untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus menghubungi saya di 013-2461276 (Eima)  atau email ke camcateh@yahoo.com  Harga untuk sebiji cream puff ini ialah RM1.00 dan minimum tempahan mestilah 50 biji dan keatas... Tempahan dibuka untuk seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Dan setiap tempahan akan dikenakan 50% deposit sebagai bukti pengesahan tempahan. Penghantaran terus ketempat anda boleh dibuat dan akan dikenakan caj penghantaran yang sangat minimum...

Selamat membuat tempahan.....

Blueberry Cheese Cake

Author: Delliema // Category:
Selamat Hari Raya.... :)

Hari ini nak update untuk entri seterusnya. Kali ini tempahan dari adik ipar saya yang berada di bangi. Beliau telah membuat tempahan Blueberry Cheese Cake untuk Hari Lahir mak dan bapa mertuanya... 


Blueberry Cheese Cake ini dihiasi dengan fresh cream keseluruhannya... Saya lebih gemar menghias kek dengan mengunakan fresh cream berbanding dengan buttercream... Bukan apa fresh cream lebih sedap kerana rasanya yang lebih kurang macam ais cream gitu...hehe..:) tapi saya ikut jer permintaan pelanggang-pelanggan saya... Terpulang kepada selera anda... fresh cream boleh, buttercream pun boleh...:)  Alamak...!! tolong abaikan barang-barang lain dibelakang dan tepi-tepi kek tu ya...hehehe..:) tak sempat nak alihkan sebelum snap gambar... maaf lah ya... sibuk wat kerja, tak perasan lak barang lain banyak kat meja...:)

Tempahan ini telah disiapkan sehari sebelum raya... Ini untuk sambutan hari lahir dan hari raya sekali lah ni...:) diharap adik ipar ku itu berpuas hati dengan rasa dan rupanya ya... Untuk anda yang ingin membuat tempahan Blueberry Cheese Cake seperti ini boleh lah membuat tempahan dengan segera...

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Eima) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com  atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Jumpa lagi...

Oreo Cheese Cake Edible Image

Author: Delliema // Category:
Selamat Hari Raya Aidilfitri......

Salam lebaran sahabat-sahabat semua... Kemana agaknya anda semua beraya untuk tahun ini ya..?? Bagaimana dengan sambutannya.. mesti lebih meriah dari tahun lepas kan..:)  yer lah ramai yang dapat bonus...hehehe :)  beraya sakan ler yer...:) raya, raya jugak tapi simpanan jangan tak der lak nanti.. hehe..

Baik lah untuk entri kali ini saya nak update tempahan yang telah dibuat oleh ipar-ipar ku sebelum mereka pulang berhari raya hari tu....

Ini Oreo Cheese Cake yang telah ditempah oleh kakak ipar saya untuk sambutan hari lahir anak gadisnya..:)  Selamat hari lahir Khairina....:) Kek ini dihiasi dengan fresh cream keseluruhannya dan buah ceri merah... Edible Image Barbie ni permintaan khas dari khairina, dia memang peminat setia barangan keluaran Barbie...:) diharap Khairina suka dengan image barbie ni ya...:)

Kepada anda semua yang ingin membuat tempahan Oreo Cheese Cake seperti ini... boleh lah membuat tempahan segera. Jika inginkan tambahan Edible Image caj tambahan yang minimum akan dikenakan..:)  sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus menghubungi saya di 013-2461276 (Iema) atau email di mailto:camcateh@yahoo.com

Jumpa Lagi....

Tempahan Cupcake

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat pagi semua,

Hari raya semakin menghampiri, bagaimana dengan persiapan anda semua...:) kuih raya dah siap ker??..  Bagi saya masih sibuk menyiapkan tempahan dari para pelanggan.. sampaikan diri sendiri punya kuih raya pun masih belum dibuat lagi... tapi tak per, alhamdulillah rezeki dibulan ramadhan..:) Sudah lama saya tidak berkesempatan update entri dalam blog ini... Sibuk sangat menyiapkan tempahan kuih raya lah katakan...:) Alhamdulillah hari ni ku luangkan sedikit masa untuk update entri baru.

Di awal puasa hari tu saya menerima tempahan dari seorang wanita berbangsa cina...Cute orang nyer,..:) Beliau membuat tempahan Cupcake untuk majlis perkahwinannya.. Terima kasih kepada Cik. Mee Wan dari Manjalara yang telah membuat tempahan yang banyak itu..

Beliau menempah 2 jenis perasa cupcake, Butter Vanilla Cupcake dan Chocolate Moist Cupcake dan atas permintaan beliau inginkan setiap cupcake nya di letakkan tulisan cina yang bermaksud double happiness..:)

Ini ialah Cupcake perasa Chocolate Moist, dihiasi dengan hiasan Fondant. Sebanyak 55 biji telah ditempah. Diharap beliau puas hati dengan rasa dan dekorasinya..:)

Diantara sebahagian cupcake yang sempat saya snap gambarnya..

Yang ini pula adalah perasa Butter Vanilla Cupcake, sebanyak 55 biji telah ditempah.

Ini sebahagian dari 55 biji tu, tengah sibuk-sibuk menyiapkan yang lain sempat lagi snap dua tiga keping... hehe:) ... tak per untuk tatapan sahabat semua..:)

Selepas selesai menyiapkan kesemua cupcake-cupcake yang comel ini, setiap cupcake di pack dalam kotak cupcake 2 lubang seperti dibawah ini..

Ini adalah kotak cupcake 2 lubang, maaf lah yer gambarnya agak gelam sikit... hehe:) ini lah akibatnya kalau terlupa nak on kan flash camera...hmmmm...

Jumpa lagi...

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Fruit Tart Small

Author: Delliema // Category:

Salam dan selamat sejahtera semua, bertemu kita di entri yang baru. Hari ni suka sangat nak mengupdate entri ini... berkenaan Fruit Tart... Ini adalah tempahan dari pelanggan saya yang berbangsa cina. Terima Kasih kepada Ms. Jess dari Damansara untuk tempahan Fruit Tart yang lazat ini.. Diharap berpuas hati dan boleh membuat tempahan lagi dilain hari...:)

Beliau telah membuat tempahan untuk Fruit Tart berfillingkan kastad dan dihiasi buah-buahan segar.. Fruit Tart ini ada 2 saiz yang boleh dipilih sama ada saiz medium atau small...Untuk harga dan keterangan lanjut berkenaan Fruit Tart boleh tengok  disini 


50 biji Fruit Tart yang telah siap di isi dalam kotak untuk penghantaran... Ianya sangat lah sedap. Kulit tart ini dibakar sempurna dan filling kastad nya sentiasa segar.. pelbagai perasa filling boleh dipilih. Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Salam dan jumpa lagi....

Blueberry Cheese Tart Medium

Author: Delliema // Category:

Salam dan selamat pagi sahabat ku,... aduhai lama betul tak update entri ni.. almaklumlah sibuk sikit menyiapkan tempahan Biskut Raya pelanggan... Ehh.. dalam sibuk-sibuk tu pun sempat jugak buat Blueberry Cheese Tart Medium Saiz ni... hehehe..:) bukan apa saja nak menghabiskan cream cheese filling yang ada dalam simpanan tu.. boleh jugak dijadikan entri disini...

Selama ni saya banyak menerima tempahan untuk Blueberry Cheese Tart bersaiz kecil... kebanyakkan pelanggan saya lebih gemarkan tart yang kecil berbanding yang besar..ada lah sekali sekala tu tanya kan kenapa... katanya.. yang kecil lebih comel dan lebih mudah habis untuk dimakan...:) hai... macam-macam yer...hehehe..:) tapi tak per lah.. asal kan mereka semua berpuas hati dengan hasil kerja saya... 

Hari ni saya dengan berbesar hati nak update entri untuk tart yang bersaiz besar atau medium ni pulak... Wahh berbesar hati gitu... mana taknya.. selama ni asyik update entri untuk small tart ajer... kali ni, boleh lah saya post kan cerita untuk tart yang besar pulak...


Kepada penggemar2 cheese seperti saya ni juga...hehehe:D jgn cakap lah semua jenis makanan kalau ada cheese memang akan jadi kegemaran saya.. baik lah kita sambung balik..  yang pastinya takkan boleh tahan melihat Blueberry Cheese Tart Medium saya ini... betul tak..?? ;)  apa tunggu lagi segeralah membuat tempahan.. Harga nya tidaklah mahal cuma RM 2.00/pcs sahaja... itu harga untuk medium saiz tau... yang small harga nya lain... nnti boleh tengok dientri yang sebelum ini...:) Minimum tempahan hendaklah 50 biji.

Tempahan macam biasa, seluruh Kuala Lumpur dan Selangor boleh membuat tempahan tanpa mengira bangsa... cewahhh.. hehe ;) dan setiap tempahan akan dikenakan 50% bayaran deposit terlebih dahulu... bukan apa sebagai pengesahan yang tuan puan betul2 memang berminat dan serius dengan tempahan.. Saya bukan tak percayer kan pelanggan saya tapi harus berhati-hati dalam berniaga secara online ni...:) tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran deposit saya terima...  kalau lambat tuan puan membuat bayaran deposit, maka lambat lah tempahan tuan puan akan dibuat... bukan nak menyusah kan anda semua tetapi saya tak nak kejadian dahulu berulang kembali...:( tempahan sudah siap dibuat, pelanggan batalkan tempahan disaat2 akhir...ini lah akibatnya kalau tak ambil deposit dahulu.. kecewa dan rugi i tau...hukhukhuk..:( tapi tak per saya tetap sayang kan anda semua... :) tempahan anda tidak saya abaikan.. dan akan sampai tepat pada waktu yang diinginkan...:)

Untuk caj penghantaran, masih dalam kadar yang minimum, penghantaran akan dibuat terus kerumah anda.. Kalau nak datang kerumah ambil sendiri pun boleh jugak... mana-mana yang memudahkan tuan puan lah ek..:) Jadi apa tunggu lagi tempahan boleh dibuat segera.. tempahan untuk hari raya juga diterima...:) tempahan untuk open house juga diterima...:) Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Salam dan jumpa lagi....

Biskut London Almond

Author: Delliema // Category:
Salam ramadhan semua...

Syukur lah hari ini umat islam sudah 3 hari menjalani ibadah berpuasa.. masih awal lagi nak fikir tentang raya kot...hehe:) tapi klu persiapan seperti tempahan kuih raya dan baju raya dah boleh dibuat dah kot...:) lambat-lambat nanti takut orang tidak terima lagi dah tempahan kita... aduhhh susah tu nanti...:) tapi tuan puan semua jangan risau... saya disini masih sedia menerima tempahan kuih muih tuan puan yang ingin menempah...:)



Baik lah untuk entri seterusnya, Saya menerima tempahan untuk Biskut London Almond yang sedap dan kaya dengan limpahan coklat ini...ni pun kuih popular bila raya... setiap rumah mesti ada ...hehe:). Baik lah, biskut ini saya jual tidak lah mahal, seperti biasa harga yang ditawarkan ialah 50 biji RM25.00 sahaja... untuk tempahan yang banyak.. tempahan awal diperlukan tau... supaya kuih raya anda dapat sampai tepat pada masanya...:)


Seperti biasa saya mengenakan 50% deposit untuk pengesahan tempahan.. ini semua untuk sebagai jaminan yang tuan puan tidak membatalkan tempahan di saat-saat akhir..:)  tempahan juga diterima untuk seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor...


Setiap penghantaran akan dikenakan caj penghantaran yang sangat minimum yang tidak membebankan tuan puan...:) oleh itu bersegeralah membuat tempahan... Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Jumpa lagi....:)