Tempahan Cupcake

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat pagi semua,

Hari raya semakin menghampiri, bagaimana dengan persiapan anda semua...:) kuih raya dah siap ker??..  Bagi saya masih sibuk menyiapkan tempahan dari para pelanggan.. sampaikan diri sendiri punya kuih raya pun masih belum dibuat lagi... tapi tak per, alhamdulillah rezeki dibulan ramadhan..:) Sudah lama saya tidak berkesempatan update entri dalam blog ini... Sibuk sangat menyiapkan tempahan kuih raya lah katakan...:) Alhamdulillah hari ni ku luangkan sedikit masa untuk update entri baru.

Di awal puasa hari tu saya menerima tempahan dari seorang wanita berbangsa cina...Cute orang nyer,..:) Beliau membuat tempahan Cupcake untuk majlis perkahwinannya.. Terima kasih kepada Cik. Mee Wan dari Manjalara yang telah membuat tempahan yang banyak itu..

Beliau menempah 2 jenis perasa cupcake, Butter Vanilla Cupcake dan Chocolate Moist Cupcake dan atas permintaan beliau inginkan setiap cupcake nya di letakkan tulisan cina yang bermaksud double happiness..:)

Ini ialah Cupcake perasa Chocolate Moist, dihiasi dengan hiasan Fondant. Sebanyak 55 biji telah ditempah. Diharap beliau puas hati dengan rasa dan dekorasinya..:)

Diantara sebahagian cupcake yang sempat saya snap gambarnya..

Yang ini pula adalah perasa Butter Vanilla Cupcake, sebanyak 55 biji telah ditempah.

Ini sebahagian dari 55 biji tu, tengah sibuk-sibuk menyiapkan yang lain sempat lagi snap dua tiga keping... hehe:) ... tak per untuk tatapan sahabat semua..:)

Selepas selesai menyiapkan kesemua cupcake-cupcake yang comel ini, setiap cupcake di pack dalam kotak cupcake 2 lubang seperti dibawah ini..

Ini adalah kotak cupcake 2 lubang, maaf lah yer gambarnya agak gelam sikit... hehe:) ini lah akibatnya kalau terlupa nak on kan flash camera...hmmmm...

Jumpa lagi...

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

0 Responses to "Tempahan Cupcake"

Catat Ulasan