Cream Puff

Author: Delliema // Category:
Salam dan Selamat Pagi semua.....

Hari ini nak update untuk entri baru iaitu... Cream Puff... ramai yang suka cream puff ya...??.. mestilah sebab saya pun suka sangat cream puff ini... sebiji dua biji memang tak cukup... sekali ngap tak perasan dah telan berapa biji tah... hehehe:) mana taknya.. kuih ni kan lembut dan berkrim memang sedap sangat... tapi selalunya buat untuk tempahan jer kalau ader lebih baru ler dapat makan sendiri... tapi tak per... tempahan harus didahulukan...

Baiklah, melalut pulak dah ni.... hari ini nak update entri untuk tempahan.. hari sabtu lepas saya menerima tempahan dari seorang gadis berbangsa cina yang membuat tempahan cream puff ini... terima kasih untuk tempahan Cik Kelly dari USJ 19.... beliau memesan 100 biji cream puff untuk majlis dirumahnya... seperti biasa cream puff ini memang sedap kalau fillingnya dari kastad... kalau filling lain tu tidak penah cuba lagi... takut tak sedap jer... tapi kalau anda nak cuba boleh jer... hehe...:) Selepas itu pada waktu malamnya saya menyediakan tempahan cream puff juga yang dipesan olah Cik Rina dari Shah Alam yang membuat tempahan yang sama... 1 hari ada 2 tempahan untuk cream puff... ramai betul peminat cream puff ya...:)

Ini Cream Puff sebelum dibakar.. saya menggunakan nozzel bintang untuk mendapat kan bentuk selepas siap dibakar nanti...



Ini pula Cream Puff yang telah siap di bakar... comel kan... kuning keemasan...:)


Pandangan dari dekat... untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus menghubungi saya di 013-2461276 (Eima)  atau email ke camcateh@yahoo.com  Harga untuk sebiji cream puff ini ialah RM1.00 dan minimum tempahan mestilah 50 biji dan keatas... Tempahan dibuka untuk seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Dan setiap tempahan akan dikenakan 50% deposit sebagai bukti pengesahan tempahan. Penghantaran terus ketempat anda boleh dibuat dan akan dikenakan caj penghantaran yang sangat minimum...

Selamat membuat tempahan.....

0 Responses to "Cream Puff"

Catat Ulasan