Tempahan Cupcake

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat pagi semua,

Hari raya semakin menghampiri, bagaimana dengan persiapan anda semua...:) kuih raya dah siap ker??..  Bagi saya masih sibuk menyiapkan tempahan dari para pelanggan.. sampaikan diri sendiri punya kuih raya pun masih belum dibuat lagi... tapi tak per, alhamdulillah rezeki dibulan ramadhan..:) Sudah lama saya tidak berkesempatan update entri dalam blog ini... Sibuk sangat menyiapkan tempahan kuih raya lah katakan...:) Alhamdulillah hari ni ku luangkan sedikit masa untuk update entri baru.

Di awal puasa hari tu saya menerima tempahan dari seorang wanita berbangsa cina...Cute orang nyer,..:) Beliau membuat tempahan Cupcake untuk majlis perkahwinannya.. Terima kasih kepada Cik. Mee Wan dari Manjalara yang telah membuat tempahan yang banyak itu..

Beliau menempah 2 jenis perasa cupcake, Butter Vanilla Cupcake dan Chocolate Moist Cupcake dan atas permintaan beliau inginkan setiap cupcake nya di letakkan tulisan cina yang bermaksud double happiness..:)

Ini ialah Cupcake perasa Chocolate Moist, dihiasi dengan hiasan Fondant. Sebanyak 55 biji telah ditempah. Diharap beliau puas hati dengan rasa dan dekorasinya..:)

Diantara sebahagian cupcake yang sempat saya snap gambarnya..

Yang ini pula adalah perasa Butter Vanilla Cupcake, sebanyak 55 biji telah ditempah.

Ini sebahagian dari 55 biji tu, tengah sibuk-sibuk menyiapkan yang lain sempat lagi snap dua tiga keping... hehe:) ... tak per untuk tatapan sahabat semua..:)

Selepas selesai menyiapkan kesemua cupcake-cupcake yang comel ini, setiap cupcake di pack dalam kotak cupcake 2 lubang seperti dibawah ini..

Ini adalah kotak cupcake 2 lubang, maaf lah yer gambarnya agak gelam sikit... hehe:) ini lah akibatnya kalau terlupa nak on kan flash camera...hmmmm...

Jumpa lagi...

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Fruit Tart Small

Author: Delliema // Category:

Salam dan selamat sejahtera semua, bertemu kita di entri yang baru. Hari ni suka sangat nak mengupdate entri ini... berkenaan Fruit Tart... Ini adalah tempahan dari pelanggan saya yang berbangsa cina. Terima Kasih kepada Ms. Jess dari Damansara untuk tempahan Fruit Tart yang lazat ini.. Diharap berpuas hati dan boleh membuat tempahan lagi dilain hari...:)

Beliau telah membuat tempahan untuk Fruit Tart berfillingkan kastad dan dihiasi buah-buahan segar.. Fruit Tart ini ada 2 saiz yang boleh dipilih sama ada saiz medium atau small...Untuk harga dan keterangan lanjut berkenaan Fruit Tart boleh tengok  disini 


50 biji Fruit Tart yang telah siap di isi dalam kotak untuk penghantaran... Ianya sangat lah sedap. Kulit tart ini dibakar sempurna dan filling kastad nya sentiasa segar.. pelbagai perasa filling boleh dipilih. Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Salam dan jumpa lagi....

Blueberry Cheese Tart Medium

Author: Delliema // Category:

Salam dan selamat pagi sahabat ku,... aduhai lama betul tak update entri ni.. almaklumlah sibuk sikit menyiapkan tempahan Biskut Raya pelanggan... Ehh.. dalam sibuk-sibuk tu pun sempat jugak buat Blueberry Cheese Tart Medium Saiz ni... hehehe..:) bukan apa saja nak menghabiskan cream cheese filling yang ada dalam simpanan tu.. boleh jugak dijadikan entri disini...

Selama ni saya banyak menerima tempahan untuk Blueberry Cheese Tart bersaiz kecil... kebanyakkan pelanggan saya lebih gemarkan tart yang kecil berbanding yang besar..ada lah sekali sekala tu tanya kan kenapa... katanya.. yang kecil lebih comel dan lebih mudah habis untuk dimakan...:) hai... macam-macam yer...hehehe..:) tapi tak per lah.. asal kan mereka semua berpuas hati dengan hasil kerja saya... 

Hari ni saya dengan berbesar hati nak update entri untuk tart yang bersaiz besar atau medium ni pulak... Wahh berbesar hati gitu... mana taknya.. selama ni asyik update entri untuk small tart ajer... kali ni, boleh lah saya post kan cerita untuk tart yang besar pulak...


Kepada penggemar2 cheese seperti saya ni juga...hehehe:D jgn cakap lah semua jenis makanan kalau ada cheese memang akan jadi kegemaran saya.. baik lah kita sambung balik..  yang pastinya takkan boleh tahan melihat Blueberry Cheese Tart Medium saya ini... betul tak..?? ;)  apa tunggu lagi segeralah membuat tempahan.. Harga nya tidaklah mahal cuma RM 2.00/pcs sahaja... itu harga untuk medium saiz tau... yang small harga nya lain... nnti boleh tengok dientri yang sebelum ini...:) Minimum tempahan hendaklah 50 biji.

Tempahan macam biasa, seluruh Kuala Lumpur dan Selangor boleh membuat tempahan tanpa mengira bangsa... cewahhh.. hehe ;) dan setiap tempahan akan dikenakan 50% bayaran deposit terlebih dahulu... bukan apa sebagai pengesahan yang tuan puan betul2 memang berminat dan serius dengan tempahan.. Saya bukan tak percayer kan pelanggan saya tapi harus berhati-hati dalam berniaga secara online ni...:) tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran deposit saya terima...  kalau lambat tuan puan membuat bayaran deposit, maka lambat lah tempahan tuan puan akan dibuat... bukan nak menyusah kan anda semua tetapi saya tak nak kejadian dahulu berulang kembali...:( tempahan sudah siap dibuat, pelanggan batalkan tempahan disaat2 akhir...ini lah akibatnya kalau tak ambil deposit dahulu.. kecewa dan rugi i tau...hukhukhuk..:( tapi tak per saya tetap sayang kan anda semua... :) tempahan anda tidak saya abaikan.. dan akan sampai tepat pada waktu yang diinginkan...:)

Untuk caj penghantaran, masih dalam kadar yang minimum, penghantaran akan dibuat terus kerumah anda.. Kalau nak datang kerumah ambil sendiri pun boleh jugak... mana-mana yang memudahkan tuan puan lah ek..:) Jadi apa tunggu lagi tempahan boleh dibuat segera.. tempahan untuk hari raya juga diterima...:) tempahan untuk open house juga diterima...:) Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Salam dan jumpa lagi....

Biskut London Almond

Author: Delliema // Category:
Salam ramadhan semua...

Syukur lah hari ini umat islam sudah 3 hari menjalani ibadah berpuasa.. masih awal lagi nak fikir tentang raya kot...hehe:) tapi klu persiapan seperti tempahan kuih raya dan baju raya dah boleh dibuat dah kot...:) lambat-lambat nanti takut orang tidak terima lagi dah tempahan kita... aduhhh susah tu nanti...:) tapi tuan puan semua jangan risau... saya disini masih sedia menerima tempahan kuih muih tuan puan yang ingin menempah...:)



Baik lah untuk entri seterusnya, Saya menerima tempahan untuk Biskut London Almond yang sedap dan kaya dengan limpahan coklat ini...ni pun kuih popular bila raya... setiap rumah mesti ada ...hehe:). Baik lah, biskut ini saya jual tidak lah mahal, seperti biasa harga yang ditawarkan ialah 50 biji RM25.00 sahaja... untuk tempahan yang banyak.. tempahan awal diperlukan tau... supaya kuih raya anda dapat sampai tepat pada masanya...:)


Seperti biasa saya mengenakan 50% deposit untuk pengesahan tempahan.. ini semua untuk sebagai jaminan yang tuan puan tidak membatalkan tempahan di saat-saat akhir..:)  tempahan juga diterima untuk seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor...


Setiap penghantaran akan dikenakan caj penghantaran yang sangat minimum yang tidak membebankan tuan puan...:) oleh itu bersegeralah membuat tempahan... Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Jumpa lagi....:)

Biskut Mama Carries Raya

Author: Delliema // Category:
Salam Ramadhan Semua,


Mama carries....ohhh.. mama carries...sedapnye lah biskut ni.... untuk tempahan hari raya.. sila buat tempahan awal... kalau lambat takut kuih nyer sampai selepas raya pulak... hehehe:) insyallah tak lah macam tu...:) setiap tempahan akan saya siap kan tepat pada masanya...... jangan risau...


Harga untuk 50 biji ialah RM 20.00,  Kuih ni sedap sangat tau... rangup dan manis... dihiasi dengan coklat putih sebagai toppingnya...:)

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)


Biskut Tart Nenas Raya

Author: Delliema // Category:
Salam Ramadhan Semua,


Yamm..yammm.... puasa.. puasa ni memang tak boleh tahan kalau tengok kuih tart nenas ni...:) memang lakulah kalau dihidangkan di pagi raya... time raya memang kuih ini adalah paling popular diantara kuih-kuih lain... sebabnya setiap rumah pasti ada....:)  untuk entri kali ini... disebabkan kita didalam bulan puasa.. so cerita pun banyak kepada bulan puasa dan persiapan raya lah kan...

Saya di camcateh.blospot juga menyediakan tempahan untuk kuih-kuih raya... untuk kuih tart nenas ini harga nya tidak lah mahal mana.. cuma 50 biji RM25.00 sahaja... texture kuih nya lembut dan gebu dan dihiasi dengan inti nenas yang manis...



Tempahan awal amat diperlukan untuk kuantiti yang banyak untuk mengelakkan kuih muih anda lambat sampai nanti...:) setiap tempahan akan dikenakan 50% bayaran pendahuluan sebagai pengesahan tempahan.

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Rasanya dijamin sedap....halal... dan bersih...:) 

Cupcake Decoration

Author: Delliema // Category:
Salam Ramadhan,..

Hari ini hari kedua kita berpuasa dibulan yang mulia dan penuh rahmat ini... Bagaimana dengan puasa sahabat semua???.. Saya doa kan supaya kita tidak tercicir dari menerima rahmat allah dibulan yang mulia lagi berkat ini... amin...:)

Baik lah.. walaupun kita sibuk berpuasa... tidak salah kalau saya menepek sikit entri untuk cupcake disini kan...:) bukan apa hanya untuk menunjukkan dekorasi untuk cupcake sahaja... mana lah tahu kalau lepas-lepas raya nanti ada sahabat-sahabat yang nak mengadakan rumah terbuka... boleh lah membuat tempahan cupcake pada saya... supaya rumah terbuka anda lebih berseri dengan keindahan dokorasi cupcake pilihan anda...

Biasanya Dekorasi Cupcake terbahagi kepada 2 jenis... samaada dekorasi menggunakan fondant atau pun buttercream... tapi sekarang ni kebanyakan nya suka menggabungkan kedua-dua jenis dekorasi ini... kalau dulu-dulu... dekorasi untuk cupcake hanya mengunakan buttercream sahaja... tapi sekarang boleh dipelbagaikan... ikut keinginan pelanggan... kalau guna fondant.. cupcake akan lebih kelihatan kemas dan lebih tahan pada suhu panas.. untuk buttercream pulak... dekorasi akan lebih cantik cuma tidak tahan pada suhu yang panas sebab mudah cair... Terpulang kepada keinginan dan majlis anda semua untuk memilih jenis cupcake mana yang menjadi pilihan..:)

Disini saya menggabungkan dekorasi sedikit bunga dari fondant dan dekorasi buttercream, Disini saya hanya tunjukkan bebarapa gambar sahaja untuk contoh dekorasi cupcake yang telah saya buat.. sekiranya pihak pelanggan ada rekaan sendiri, saya boleh membuat ikut keinginan rekaan pelanggan tu...:) contohnya seperti majlis perkahwinan... Cupcake yang dibuat akan mengikut tema untuk setiap majlis perkahwinan tersebut...

Diantara contoh-contoh dekorasi cupcake..




Contoh kotak cupcake yang boleh dimuatkan untuk 6 biji cupcake tanpa tapak berlubang...:) cute kan... jagan terperanjat pulak tengok 3 diantara cupcake itu terdapat chinese wording pulak disitu... bukan apa itu adalah contoh cupcake untuk majlis perkahwinan masyarakat cina.. sebab saya menerima tempahan dari berbilang bangsa... 1 malaysia lah katakan... hehehe:)

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Tempahan Blueberry Cheese Tart Medium

Author: Delliema // Category:
Salam Ramadhan semua...

Semalam hari pertama semua umat islam menjalani ibadah berpuasa.. alhamdulillah cuaca semalam pun tidak lah panas sangat..:) di kesempatan ini pihak Camcateh.Blogspot ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua umat islam diserata dunia... Semoga kita mendapat banyak keberkatan di bulan yang mulia ini. Walaupun kita baru mula berpuasa.. tapi kesibukan menyediakan persiapan hari raya sudah mula terasa.. Mana tak nya merata tempat tengah sebuk buat jualan murah sempena hari raya... sana sini sebuk mempromosikan barangan mereka dengan menawarkan harga yang murah..murah...:) Rakan-rakan di pejabat ni pun sebuk lah mencari tempahan kuih raya... Bagi saya ni pulak.. baju raya pun tak ditempah lagi... aduhaiii... entah makcik tailor tu terima lagi ke tidak lah kain ela yang saya baru beli ni.... hmmm...

Dikesibukan kita bakal menyambut hari raya nanti...ehhh macam awal sangat jer nak keluarkan ayat macam tu..hehehe:) x pe lah... biar terasa seronok sikit nak beraya... Saya masih menerima tempahan untuk Blueberry Cheese Tart dari pelanggan.. Tempahan diterima dari cik kita ni yang berbangsa tionghua.. Ms Meewan dari Petaling Jaya yang membuat tempahan Blueberry Cheese Tart Bersaiz medium...

Alhamdulillah rezeki untuk bulan puasa... Sebenarnya tempahan ini dihantar kepada pelanggan sehari sebelum puasa hari tu... tapi baru hari ni berkesempatan untuk update entri berkenaannya...:) terima kasih untuk tempahan ya...:)

Sebenarnya pelanggan saya ini ada membuat pesanan untuk Cupcake.. tapi entri untuk cupcake saya masukkan dalam entri baru nanti ya.. macam tak sesuai semua-semua benda nak masuk dalam satu entri...

Baik lah, jumpa lagi dalam entri seterusnya...:)

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)