Cupcake Decoration

Author: Delliema // Category:
Salam Ramadhan,..

Hari ini hari kedua kita berpuasa dibulan yang mulia dan penuh rahmat ini... Bagaimana dengan puasa sahabat semua???.. Saya doa kan supaya kita tidak tercicir dari menerima rahmat allah dibulan yang mulia lagi berkat ini... amin...:)

Baik lah.. walaupun kita sibuk berpuasa... tidak salah kalau saya menepek sikit entri untuk cupcake disini kan...:) bukan apa hanya untuk menunjukkan dekorasi untuk cupcake sahaja... mana lah tahu kalau lepas-lepas raya nanti ada sahabat-sahabat yang nak mengadakan rumah terbuka... boleh lah membuat tempahan cupcake pada saya... supaya rumah terbuka anda lebih berseri dengan keindahan dokorasi cupcake pilihan anda...

Biasanya Dekorasi Cupcake terbahagi kepada 2 jenis... samaada dekorasi menggunakan fondant atau pun buttercream... tapi sekarang ni kebanyakan nya suka menggabungkan kedua-dua jenis dekorasi ini... kalau dulu-dulu... dekorasi untuk cupcake hanya mengunakan buttercream sahaja... tapi sekarang boleh dipelbagaikan... ikut keinginan pelanggan... kalau guna fondant.. cupcake akan lebih kelihatan kemas dan lebih tahan pada suhu panas.. untuk buttercream pulak... dekorasi akan lebih cantik cuma tidak tahan pada suhu yang panas sebab mudah cair... Terpulang kepada keinginan dan majlis anda semua untuk memilih jenis cupcake mana yang menjadi pilihan..:)

Disini saya menggabungkan dekorasi sedikit bunga dari fondant dan dekorasi buttercream, Disini saya hanya tunjukkan bebarapa gambar sahaja untuk contoh dekorasi cupcake yang telah saya buat.. sekiranya pihak pelanggan ada rekaan sendiri, saya boleh membuat ikut keinginan rekaan pelanggan tu...:) contohnya seperti majlis perkahwinan... Cupcake yang dibuat akan mengikut tema untuk setiap majlis perkahwinan tersebut...

Diantara contoh-contoh dekorasi cupcake..




Contoh kotak cupcake yang boleh dimuatkan untuk 6 biji cupcake tanpa tapak berlubang...:) cute kan... jagan terperanjat pulak tengok 3 diantara cupcake itu terdapat chinese wording pulak disitu... bukan apa itu adalah contoh cupcake untuk majlis perkahwinan masyarakat cina.. sebab saya menerima tempahan dari berbilang bangsa... 1 malaysia lah katakan... hehehe:)

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

0 Responses to "Cupcake Decoration"

Catat Ulasan