Chocolate Moist Cake

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat pagi..


Wahhhh pagi-pagi dah tepek gambar kek coklat...hmmmm memang  x boleh tahan...hehe:D... bukan apa ini adalah kek yang telah disiapkan dalam masa 4 jam sahaja...Bakar terus topping.... wahhh macam mana tu ek... hehehe...  Mana taknya tempahan ini adalah tempahan last minit...hehe:D tapi tak per..  Saya sedia berkhidmat untuk pelanggan saya yang tersayang... Kek ini memang moist ler sangat-sangat.. lagi-lagi dihiasi dengan topping chocolate ganache... memang sedap sangat lah..

Terima kasih kepada Puan Mimie dari Subang Jaya, kerana sudi membuat tempahan Chocolate Moist Cake ini... walau pun hiasanya tidak seberapa tapi rasanya ... Muahhh Marvelous....:) tak percaya!!! oder lah kalau nak tahu kesedapannya...

Berat Chocolate Moist Cake ini ialah 3 kg ++... dan berharga RM65.00...



Tempahan diterima untuk seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor ya... Bagi luar kawasan tu boleh tapi kos nya akan tinggi sikit lah...:) setiap tempahan macam biasa, saya akan mengenakan 50% diposit sebagai pengesahan tempahan. Bakinya hendaklah dibayar semasa hari penghantaran..:) Setiap tempahan juga akan dikenakan caj penghantaran yang sangat minimum...

Tempahan untuk bulan Ramadhan dan Hari Raya adalah diterima juga...

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Tempahan Oreo Cheese Cake Blueberry Topping dan Bluebarry Cheese Tart Small

Author: Delliema // Category:
Salam semua....


Hari ni nak update entri baru, Tempahan diterima dari Puan Noorma Mohd Nor dari Putrajaya  yang membuat tempahan Oreo Cheese Cake dan Blueberry Cheese Tart Small , untuk majlis jamuan sempena menyambut bulan ramadhan..terima kasih untuk tempahan ya puan..:) kalau nak oder yang lain lagi sila-silakan lah lagi...

Ini memang Oreo Cheese Cake tau, bukan Blueberry Cheese Cake tu.. Saya mengunakan fresh cream untuk topping keseluruhan cheese cake ini.. Dan blueberry filling sebagai topping tu adalah atas permintaan pelanggan :)

Diharap Puan Noorma berpuas hati dengan tempahan nya..:)




Selain itu beliau ada membuat tempahan Blueberry Cheese Tart yang bersaiz kecil, kali ini saya meletakkan perasa lemon sedikit pada cheese filling tart saya.. Rasanya lebih sedap dan warna nya sedikit kekuningan...



Kepada anda yang ingin merasa kesedapannya sila-silakan lah membuat tempahan... Tempahan dibulan puasa juga diterima.. mana lah tahu nak bagi sedekah untuk tarawih dimasjid ker..selalunya orang bagi sedekah kuih muih... apa kata kita ubah pulak bagi Blueberry Cheese Tart... mesti lakunyer lah...hehehe:)

Sebarang tempahan dan pertanyaan jangan segan menghubungi saya di 013-2461276 (Delliema)

Cara Pembungkusan Setiap Tempahan

Author: Delliema // Category:
Salam Semua dan selamat petang..

Ya allah sejuk betul hari ni hujan lebat sangat-sangat... Kalau duk umah best nyer lah boleh tarik selimut jap... ni kat opis... apa boleh buat mengadap komputer ajer lah...hehehe..:) hari ni saja nak update entri saje-saje.. bukan aper saya banyak terima tempahan kebanyakkan  pelanggan saya tidak pasti rupa kotak-kotak atau bekas yang saya gunakan untuk meletakkan Tart, kek atau cupcake saya...  ini diantara contoh kotak atau bekas yang saya gunakan... lebih kurang macam ini lah...:)

Baik lah ini adalah contoh bekas plastik yang saya gunakan untuk Cupcake. penutupnya lebih tinggi sedikit sesuai untuk cupcake yang bertopping..:)


Ini lah contoh bila cupcake sudah siap di pack dalam bekasnya...kalau untuk doorgift atau hantaran boleh lah dihias kan bekas tu tak lah dibiarkan kosong macam ni...:)


Ini pulak adalah contoh bekas plastik untuk Tart bersaiz (M) pulak...bagi tart yang besar bekas plastik ini lebih sesuai..


Ini pula sesuai untuk Tart yang bersaiz (S), kotak kecil seperti ini sesuai untuk doorgift atau untuk majlis keraian. kebiasaannya kotak ini digunakan untuk isi telur bagi majlis perkahwinan.. tapi kita boleh pelbagaikan kegunaannya .:)


Bagi yang menempah Tart bersaiz kecil dan tidak mahu menggunakan bekas-bekas seperti diatas... saya gunakan kotak kek besar seperti ini sahaja.. 4 lapisan muat untuk 50 biji Tart bersaiz small..:)


Ini satu lagi contoh kotak cupcake untuk 25 biji... sesuai untuk hantaran atau hadiah... kotak ini akan dihias mengikut permintaan pelanggan...

Yang ini pula untuk kotak 2-hole Cupcake... sesuai untuk doorgift perkahwinan atau majlis kesyukuran... apa-apa majlis pun sesuai sebenarnya sebab dia mudah dibawa... terdapat 2 warna yang boleh dipilih.. sama ada Kuning  atau Pink .

Baik lah ini lah serba sedikit berkenaan bekas-bekas yang biasanya digunakan apabila tempahan diterima... kebiasaannya saya akan mengikut kehendak pelanggan yang inginkan tempahan meraka diletakkan dalam apa...hehe:) diharap selepas ini pelanggan-pelanggan  yang ku kasihi semua lebih jelas dengan cara pembungkusan tempahan anda...:)

Gambar-gambar diatas adalah sebagai contoh sahaja, tidak semestinya menggunakan bekas-bekas yang sama seperti itu...hanya sebagai panduan..

Jumpa lagi...

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Tempahan Blueberry Cheese Tart Small

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat petang...

Alhamdulillah jumpa lagi di entri baru... :) hari ni nak update entri untuk tempahan. Syukur alhamdulillah..  tempahan di terima dari Cik Nur Aimi Mokhtar dari Kota Damansara.. terima kasih untuk tempahan Cik Aimi.. :) Beliau menempah 100 biji Blueberry Cheese Tart bersaiz kecil.. bila dah buat banyak-banyak tart bersaiz kecil nampak comel pulak. Cuba tengok gambar ni...


Comel kan... :) jangan keliru tau ni memang tart bersaiz kecil. Ada star lagi kat tengah-tengah tu. :) Untuk tart bersaiz kecil macam ni tak lah lama pembuatannya walaupun 100 biji. Alhamdulillah siap pada masanya dan penghantaran terus dibuat kepada pelanggan. Diharap Cik Aimi kita tu puas hati lah ek. Kalau nak oder lagi lain kali sudilah hubungi ya. :)

Tart comel yang belum di bakar lagi. Rasa nak makan jer masa ni... tapi belum lagi.... ni tak bakar lagi... tungguuuu...:D


Blueberry Cheese Tart kecil yang siap di letakkan dalam cup dan disusun dalam kotak untuk penghantaran...

Kulit tart comel yang siap dibakar dengan sempurna. Bau harum seluruh rumah...macam bau kuih raya lak.. hehehe :D

Baik lah kepada anda yang ingin membuat tempahan Blueberry Cheese Tart bersaiz kecil ini sila-sila kan lah... untuk tempahan Hari Raya juga boleh dibuat...:) seperti biasa no. untuk dihubungi.. 013-2461276 (Delliema)

Tempahan Blueberry Cheese Tart dan Tart Telur Istimewa

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat pagi..

Apa Khabar wahai sahabat-sahabat ku.. dah seminggu tak update apa-apa entri baru.. seminggu kursus memang memenatkan...tapi alhamdulillah.. balik jer dari kursus terus dapat tempahan... alhamdulillah rezeki... walaupun penat balik dari berkursus di Perak.. tapi tetap juga bersemangat menyiapkan tempahan yang di terima...

Terima Kasih kepada Puan Zubaidah dari Tanjong Karang, Selangor. yang membuat tempahan Blueberry Cheese Tart dan Tart Telur Istimewa untuk karnival sekolahnya... pagi-pagi saya dan suami dah pergi menghantar tempahan ke Tanjong Karang.. alhamdulillah jalan tak sesak sebab pagi-pagi kan kereta pun tak banyak lagi... tempahan sampai pada masa yang diinginkan... kepada Puan Zubaidah.. jangan lupa tempah lagi ya...


Tempahan untuk Blueberry Cheese Tart ini ialah 100 biji tau dan Tart Telur pun 100 biji.. tengok gambar tu... tu baru separuh gambar jer tau ada banyak lagi sebenarnya...  tapi yang tak best nyer tak sempat nak snap gambar untuk Tart Telur tu... sebab dah sibuk nak packing tart lupa lak nak snap gambar tart telur tu... tapi tak per lah... yang penting Puan Zubaidah puas hati...:)



Tart ini bersaiz medium tau.. kalau nak tahu harga boleh tengok disini. tempahan untuk bersaiz kecil juga diterima...


Ini baru sebahagian dari kulit tart untuk 200 biji... dibakar dengan sempurna sekali... kepada yang ingin membuat tempahan boleh terus membuat tempahan dengan menghubungi saya di 013-2461276 (Delliema) atau email ke camcateh@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan...


Kek Keju Blueberry

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat petang,


Apa khabar semua, entri seterusnya masih lagi berkenaan blueberry... maner tak nyer stok tengah banyak lagi.. so lepas buat tempahan rakan yang inginkan Blueberry Cheese Tart saya pun buat lah sekali Blueberry Cheese Cake pulak... boleh dijadikan entri di petang-petang hari ni...

Untuk dasar kek ini saya menggunakan biskut digestive.. selalu nya saya gemar mengunakan biskut oreo... tapi tak semua pelanggan saya menggemari biskut oreo... jadi saya tukar-tukar mengikut keinginan pelanggan. Kepada sesiapa yang ingin menempah jangan risau... saya boleh ubah ikut permintaan anda...:)

Harga untuk sebiji kek keju blueberry ini tidak lah mahal seperti harga diluar sana tu... sebab saya lebih mementingkan rasa,kualiti dan kepuasan hati pelanggan berbanding dengan keuntungan semata-mata...:) harga yang ditawarkan untuk sebiji kek bersaiz 9 inci ini dan beratnya 2 kg ++ ialah RM75.00 sahaja... ianya sangat-sangat lah berpatutan...

Seperti biasa setiap tempahan akan dikenakan 50% diposit sebagai pengesahan tempahan. Tempahan boleh dibuat terus dengan menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email ke camcateh@yahoo.com (YM). Tempahan terbuka untuk seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, bagi kawasan yang memerlukan penghantaran yang jauh.. kos penghantaran yang sangat minimum akan dikenakan..:)

Sudi-sudikan lah menempah...memang puas hati dan berbaloi...:)

Blueberry Cheese Tart

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat petang

Apa khabar semua, saya harap sihat-sihat disamping keluarga tercinta.. petang-petang cuti macam ni memang seronok baring-baring rehat kan badan... almaklumlah setelah seminggu penat bekerja.. bila cuti mula lah rasa nak tido jer lah...hehe:) tapi saya tak boleh nak tido.. sebab terpaksa menyiapkan tempahan pelanggan yang banyak tu... :) tapi tak pe lah minat punya pasal..apa pun boleh diharungi...

Hari ni saya menyiapkan tempahan dari rakan sepejabat yang membuat tempahan Blueberry Cheese Tart. Alang-alang dah buat tu apa lagi snap lah sekeping dua gambar.. boleh ler masukkan dalam blog untuk dijadikan entri hari ni...:)

Blueberry Cheese Tart ni terdapat dalam dua saiz yang boleh ditempah... sama ada saiz (S) yang cute comel tu.. atau pun saiz biasa iaitu saiz (M) yang biasa dijual di bakery tu... Tart ini sangat lah sesuai untuk semua majlis sama ada.. majlis jamuan, hantaran perkahwinan, hadiah atau pun untuk cenderahati untuk majlis kesyukuran..


Harga yang ditawarkan sangat lah berpatutan dengan rasanya yang sangat sedap... harga bagi Blueberry Cheese Tart untuk saiz (S) ialah RM1.70/pcs minimum tempahan ialah 50 biji dan keatas. Bagi Blueberry Cheese Tart yang bersaiz (M) ialah RM2.00/pcs minimum tempahan ialah 40 biji dan keatas. untuk tempahan yang banyak seperti 50 atau 100 biji dan keatas... 50% diposit akan dikenakan untuk pengesahan tempahan. Dan jika tempahan dalam kuantiti yang banyak tempahan awal amat-amat diperlukan.. selain itu kalau tempah melebihi 100 biji harga akan dikurangkan dari harga asal..:)

Jadi kepada sesiapa yang ingin menempah boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau pun email saya ke camcateh@yahoo.com (YM)

Kulit Tart yang belum di bakar lagi... snap gambar kejap sebelum bakar... cam ni lah rupanya..:)

Fruit Tart

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat pagi,

Cuba tengok gambar tuk entri hari ni... mesti ramai dah tahu aper tu kan... tu lah Fruit Tart...  tartlet ni boleh dipelbagaikan sama ada boleh letak fruit cam gambar diatas tu... boleh letak apa-apa jem.. blueberry ker.. strawberry ker atau apa saja filling kegemaran... boleh diletak cheese cream dan sebagainya... tapi cuma proses nak buat pastry nyer saje yang kena hati2.. kalau silap buat takut pastry nyer tak menjadi...

Untuk entri hari ni saya lebih fokus kepada Fruit Tart ni.. fruit tart ni saya jual dengan harga yang paling murah.. berbeza dengan harga dipasaran... ianyer ada 2 saiz.. sama ada saiz (M) atau saiz yang kecil (S)  terpulang kepada cita rasa dan tempahan anda... harganya ialah..:

Saiz (M) = Rm2.00/pcs minimum tempahan 50 biji dan keatas.. lagi banyak tempah harga lagi murah...
Saiz (S) = RM 1.20/pcs minimum tempahan 50 biji dan keatas..lagi banyak tempah harga lagi murah

topping untuk setiap tempahan tart boleh dipilih, sama ada..:

cheese + fruit + jelly piping,
jem buah-buahan + fruit + jelly piping,
coklat + fruit + jelly piping atau
krim kastad + fruit + jelly piping..

banyak pilihan tersedia untuk anda pilih mengikut citarasa anda...bagi tempahan yang banyak seperti 50 atau 100 biji dan keatas, 50% diposit akan dikenakan untuk pengesahan tempahan.

Saya menerima tempahan untuk semua kawasan di Petaling Jaya dan Lembah Kelang dan penghantaran adalah percuma, bagi kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan lain didalam Selangor boleh juga menempah tapi akan dikenakan kos penghantaran yang sangat-sangat minimum...

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Jadi apa tunggu lagi tempah lah sekarang...:)

Chocolate Moist Cupcake

Author: Delliema // Category:
Salam Dan Selamat Pagi semua...


Hari ni ada entri baru.. Chocolate Moist Cupcake yang comel dan cute ni... hmmm sama jer macam nak buat kek coklat biasa cuma yang lain nyer dia dibakar didalam Cup kecil tu jer.. lepas tu hias lah ikut kretiviti masing-masing.. saya ni bab nak menghias cupcake ni lah paling saya suka sebab kita boleh hias dan bentukkan apa saja ikut aper yang terfikir di kepala...hehe:)  lagi satu agak-agak kalau malas nak buat kek coklat boleh jer beli jer muffin lepas tu bolah gak hias kan macam kita hiaskan cupcake tu jugak... asal kreatif aper pun boleh jadi... dan kalau agak2 malas jugak lagi... apa kata tempah saja kat saya ni.. sebenarnya saya menerima tempahan untuk cupcake ni... pelbagai perasa dan topping boleh dipilih seperti...:

Jenis Cupcake:

- Chocolate Moist
- Strawberry
- Orange
- Kiwi
- Vanilla
dan banyak lagi...

Pilihan Topping:

- Buttercream
- Cheese Cream
- Fondant
- Buttercream and Gumpaste
- Freah cream
- Chocolate Ganache

Cupcake ni sangat lah sesuai untuk dijadikan hadiah, hantaran perkahwinan, jamuan dan semua kenduri kesyukuran pun boleh juga.. sebab dia sangat lah cantik kalau dijadikan hiasan dimeja utama..:) minimum tempahan bermula dari 40 biji dan keatas...kalau nak tempah lagi banyak pun boleh jugak... tapi pastikan di tempah lebih awal, untuk kuantiti yang banyak contohnya 50 biji atau 100 biji dan keatas...untuk tempahan dalam kuantiti yang banyak 50% diposit diperlukan sebagai pengesahan tempahan dan penghataran terus ke rumah anda akan dibuat.  kepada sesiapa yang berminat untuk menempah boleh terus menghubungi saya di talian : 013-2461276 (Delliema) atau boleh YM saya di : camcateh@yahoo.com

Saya sedia menerima semua tempahan dari kawasan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, penghantaran akan di caj pada kadar yang sangat minimum.