Memaparkan catatan dengan label Blueberry Cheese Tart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blueberry Cheese Tart. Papar semua catatan
Tempahan 25 pcs Blueberry Cheese Tart Small... Delivery ker Amcorp Mall Petaling Jaya..
Untuk tempahan boleh hubungi atau sms 013-2461276 atau WhatsApp 019-4052824
Salam dan selamat pagi sahabat ku,... aduhai lama betul tak update entri ni.. almaklumlah sibuk sikit menyiapkan tempahan Biskut Raya pelanggan... Ehh.. dalam sibuk-sibuk tu pun sempat jugak buat Blueberry Cheese Tart Medium Saiz ni... hehehe..:) bukan apa saja nak menghabiskan cream cheese filling yang ada dalam simpanan tu.. boleh jugak dijadikan entri disini...
Selama ni saya banyak menerima tempahan untuk Blueberry Cheese Tart bersaiz kecil... kebanyakkan pelanggan saya lebih gemarkan tart yang kecil berbanding yang besar..ada lah sekali sekala tu tanya kan kenapa... katanya.. yang kecil lebih comel dan lebih mudah habis untuk dimakan...:) hai... macam-macam yer...hehehe..:) tapi tak per lah.. asal kan mereka semua berpuas hati dengan hasil kerja saya...
Hari ni saya dengan berbesar hati nak update entri untuk tart yang bersaiz besar atau medium ni pulak... Wahh berbesar hati gitu... mana taknya.. selama ni asyik update entri untuk small tart ajer... kali ni, boleh lah saya post kan cerita untuk tart yang besar pulak...
Kepada penggemar2 cheese seperti saya ni juga...hehehe:D jgn cakap lah semua jenis makanan kalau ada cheese memang akan jadi kegemaran saya.. baik lah kita sambung balik.. yang pastinya takkan boleh tahan melihat Blueberry Cheese Tart Medium saya ini... betul tak..?? ;) apa tunggu lagi segeralah membuat tempahan.. Harga nya tidaklah mahal cuma RM 2.00/pcs sahaja... itu harga untuk medium saiz tau... yang small harga nya lain... nnti boleh tengok dientri yang sebelum ini...:) Minimum tempahan hendaklah 50 biji.
Tempahan macam biasa, seluruh Kuala Lumpur dan Selangor boleh membuat tempahan tanpa mengira bangsa... cewahhh.. hehe ;) dan setiap tempahan akan dikenakan 50% bayaran deposit terlebih dahulu... bukan apa sebagai pengesahan yang tuan puan betul2 memang berminat dan serius dengan tempahan.. Saya bukan tak percayer kan pelanggan saya tapi harus berhati-hati dalam berniaga secara online ni...:) tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran deposit saya terima... kalau lambat tuan puan membuat bayaran deposit, maka lambat lah tempahan tuan puan akan dibuat... bukan nak menyusah kan anda semua tetapi saya tak nak kejadian dahulu berulang kembali...:( tempahan sudah siap dibuat, pelanggan batalkan tempahan disaat2 akhir...ini lah akibatnya kalau tak ambil deposit dahulu.. kecewa dan rugi i tau...hukhukhuk..:( tapi tak per saya tetap sayang kan anda semua... :) tempahan anda tidak saya abaikan.. dan akan sampai tepat pada waktu yang diinginkan...:)
Untuk caj penghantaran, masih dalam kadar yang minimum, penghantaran akan dibuat terus kerumah anda.. Kalau nak datang kerumah ambil sendiri pun boleh jugak... mana-mana yang memudahkan tuan puan lah ek..:) Jadi apa tunggu lagi tempahan boleh dibuat segera.. tempahan untuk hari raya juga diterima...:) tempahan untuk open house juga diterima...:) Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)
Salam dan jumpa lagi....
Salam Ramadhan semua...
Semalam hari pertama semua umat islam menjalani ibadah berpuasa.. alhamdulillah cuaca semalam pun tidak lah panas sangat..:) di kesempatan ini pihak Camcateh.Blogspot ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua umat islam diserata dunia... Semoga kita mendapat banyak keberkatan di bulan yang mulia ini. Walaupun kita baru mula berpuasa.. tapi kesibukan menyediakan persiapan hari raya sudah mula terasa.. Mana tak nya merata tempat tengah sebuk buat jualan murah sempena hari raya... sana sini sebuk mempromosikan barangan mereka dengan menawarkan harga yang murah..murah...:) Rakan-rakan di pejabat ni pun sebuk lah mencari tempahan kuih raya... Bagi saya ni pulak.. baju raya pun tak ditempah lagi... aduhaiii... entah makcik tailor tu terima lagi ke tidak lah kain ela yang saya baru beli ni.... hmmm...
Dikesibukan kita bakal menyambut hari raya nanti...ehhh macam awal sangat jer nak keluarkan ayat macam tu..hehehe:) x pe lah... biar terasa seronok sikit nak beraya... Saya masih menerima tempahan untuk Blueberry Cheese Tart dari pelanggan.. Tempahan diterima dari cik kita ni yang berbangsa tionghua.. Ms Meewan dari Petaling Jaya yang membuat tempahan Blueberry Cheese Tart Bersaiz medium...
Alhamdulillah rezeki untuk bulan puasa... Sebenarnya tempahan ini dihantar kepada pelanggan sehari sebelum puasa hari tu... tapi baru hari ni berkesempatan untuk update entri berkenaannya...:) terima kasih untuk tempahan ya...:)
Sebenarnya pelanggan saya ini ada membuat pesanan untuk Cupcake.. tapi entri untuk cupcake saya masukkan dalam entri baru nanti ya.. macam tak sesuai semua-semua benda nak masuk dalam satu entri...
Baik lah, jumpa lagi dalam entri seterusnya...:)
Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)
Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)
Salam dan selamat petang...
Alhamdulillah jumpa lagi di entri baru... :) hari ni nak update entri untuk tempahan. Syukur alhamdulillah.. tempahan di terima dari Cik Nur Aimi Mokhtar dari Kota Damansara.. terima kasih untuk tempahan Cik Aimi.. :) Beliau menempah 100 biji Blueberry Cheese Tart bersaiz kecil.. bila dah buat banyak-banyak tart bersaiz kecil nampak comel pulak. Cuba tengok gambar ni...
Comel kan... :) jangan keliru tau ni memang tart bersaiz kecil. Ada star lagi kat tengah-tengah tu. :) Untuk tart bersaiz kecil macam ni tak lah lama pembuatannya walaupun 100 biji. Alhamdulillah siap pada masanya dan penghantaran terus dibuat kepada pelanggan. Diharap Cik Aimi kita tu puas hati lah ek. Kalau nak oder lagi lain kali sudilah hubungi ya. :)
Tart comel yang belum di bakar lagi. Rasa nak makan jer masa ni... tapi belum lagi.... ni tak bakar lagi... tungguuuu...:D
Blueberry Cheese Tart kecil yang siap di letakkan dalam cup dan disusun dalam kotak untuk penghantaran...
Kulit tart comel yang siap dibakar dengan sempurna. Bau harum seluruh rumah...macam bau kuih raya lak.. hehehe :D
Baik lah kepada anda yang ingin membuat tempahan Blueberry Cheese Tart bersaiz kecil ini sila-sila kan lah... untuk tempahan Hari Raya juga boleh dibuat...:) seperti biasa no. untuk dihubungi.. 013-2461276 (Delliema)
Tempahan Blueberry Cheese Tart dan Tart Telur Istimewa
Author: Delliema // Category: Blueberry Cheese Tart
Salam dan selamat pagi..
Apa Khabar wahai sahabat-sahabat ku.. dah seminggu tak update apa-apa entri baru.. seminggu kursus memang memenatkan...tapi alhamdulillah.. balik jer dari kursus terus dapat tempahan... alhamdulillah rezeki... walaupun penat balik dari berkursus di Perak.. tapi tetap juga bersemangat menyiapkan tempahan yang di terima...
Terima Kasih kepada Puan Zubaidah dari Tanjong Karang, Selangor. yang membuat tempahan Blueberry Cheese Tart dan Tart Telur Istimewa untuk karnival sekolahnya... pagi-pagi saya dan suami dah pergi menghantar tempahan ke Tanjong Karang.. alhamdulillah jalan tak sesak sebab pagi-pagi kan kereta pun tak banyak lagi... tempahan sampai pada masa yang diinginkan... kepada Puan Zubaidah.. jangan lupa tempah lagi ya...
Tempahan untuk Blueberry Cheese Tart ini ialah 100 biji tau dan Tart Telur pun 100 biji.. tengok gambar tu... tu baru separuh gambar jer tau ada banyak lagi sebenarnya... tapi yang tak best nyer tak sempat nak snap gambar untuk Tart Telur tu... sebab dah sibuk nak packing tart lupa lak nak snap gambar tart telur tu... tapi tak per lah... yang penting Puan Zubaidah puas hati...:)
Tart ini bersaiz medium tau.. kalau nak tahu harga boleh tengok disini. tempahan untuk bersaiz kecil juga diterima...
Ini baru sebahagian dari kulit tart untuk 200 biji... dibakar dengan sempurna sekali... kepada yang ingin membuat tempahan boleh terus membuat tempahan dengan menghubungi saya di 013-2461276 (Delliema) atau email ke camcateh@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan...
Salam dan selamat petang
Apa khabar semua, saya harap sihat-sihat disamping keluarga tercinta.. petang-petang cuti macam ni memang seronok baring-baring rehat kan badan... almaklumlah setelah seminggu penat bekerja.. bila cuti mula lah rasa nak tido jer lah...hehe:) tapi saya tak boleh nak tido.. sebab terpaksa menyiapkan tempahan pelanggan yang banyak tu... :) tapi tak pe lah minat punya pasal..apa pun boleh diharungi...
Hari ni saya menyiapkan tempahan dari rakan sepejabat yang membuat tempahan Blueberry Cheese Tart. Alang-alang dah buat tu apa lagi snap lah sekeping dua gambar.. boleh ler masukkan dalam blog untuk dijadikan entri hari ni...:)
Blueberry Cheese Tart ni terdapat dalam dua saiz yang boleh ditempah... sama ada saiz (S) yang cute comel tu.. atau pun saiz biasa iaitu saiz (M) yang biasa dijual di bakery tu... Tart ini sangat lah sesuai untuk semua majlis sama ada.. majlis jamuan, hantaran perkahwinan, hadiah atau pun untuk cenderahati untuk majlis kesyukuran..
Harga yang ditawarkan sangat lah berpatutan dengan rasanya yang sangat sedap... harga bagi Blueberry Cheese Tart untuk saiz (S) ialah RM1.70/pcs minimum tempahan ialah 50 biji dan keatas. Bagi Blueberry Cheese Tart yang bersaiz (M) ialah RM2.00/pcs minimum tempahan ialah 40 biji dan keatas. untuk tempahan yang banyak seperti 50 atau 100 biji dan keatas... 50% diposit akan dikenakan untuk pengesahan tempahan. Dan jika tempahan dalam kuantiti yang banyak tempahan awal amat-amat diperlukan.. selain itu kalau tempah melebihi 100 biji harga akan dikurangkan dari harga asal..:)
Jadi kepada sesiapa yang ingin menempah boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau pun email saya ke camcateh@yahoo.com (YM)
Kulit Tart yang belum di bakar lagi... snap gambar kejap sebelum bakar... cam ni lah rupanya..:)






