Memaparkan catatan dengan label Chocolate Moist Cupcake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chocolate Moist Cupcake. Papar semua catatan

Chocolate Moist Cupcake dan Red Velvet Cupcake

Author: Delliema // Category: ,


15 pcs Chocolate Moist Cupcake mix Red Velvet Cupcake.. thanks oder..:)

Butter Cupcake dan Chocolate Moist Cupcake

Author: Delliema // Category: ,


15 pcs Butter Cupcake dan 10 pcs Chocolate Moist Cupcake... tempahan dari Kota Damansara... thanks:)

Tempahan Cupcake

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat pagi semua,

Hari raya semakin menghampiri, bagaimana dengan persiapan anda semua...:) kuih raya dah siap ker??..  Bagi saya masih sibuk menyiapkan tempahan dari para pelanggan.. sampaikan diri sendiri punya kuih raya pun masih belum dibuat lagi... tapi tak per, alhamdulillah rezeki dibulan ramadhan..:) Sudah lama saya tidak berkesempatan update entri dalam blog ini... Sibuk sangat menyiapkan tempahan kuih raya lah katakan...:) Alhamdulillah hari ni ku luangkan sedikit masa untuk update entri baru.

Di awal puasa hari tu saya menerima tempahan dari seorang wanita berbangsa cina...Cute orang nyer,..:) Beliau membuat tempahan Cupcake untuk majlis perkahwinannya.. Terima kasih kepada Cik. Mee Wan dari Manjalara yang telah membuat tempahan yang banyak itu..

Beliau menempah 2 jenis perasa cupcake, Butter Vanilla Cupcake dan Chocolate Moist Cupcake dan atas permintaan beliau inginkan setiap cupcake nya di letakkan tulisan cina yang bermaksud double happiness..:)

Ini ialah Cupcake perasa Chocolate Moist, dihiasi dengan hiasan Fondant. Sebanyak 55 biji telah ditempah. Diharap beliau puas hati dengan rasa dan dekorasinya..:)

Diantara sebahagian cupcake yang sempat saya snap gambarnya..

Yang ini pula adalah perasa Butter Vanilla Cupcake, sebanyak 55 biji telah ditempah.

Ini sebahagian dari 55 biji tu, tengah sibuk-sibuk menyiapkan yang lain sempat lagi snap dua tiga keping... hehe:) ... tak per untuk tatapan sahabat semua..:)

Selepas selesai menyiapkan kesemua cupcake-cupcake yang comel ini, setiap cupcake di pack dalam kotak cupcake 2 lubang seperti dibawah ini..

Ini adalah kotak cupcake 2 lubang, maaf lah yer gambarnya agak gelam sikit... hehe:) ini lah akibatnya kalau terlupa nak on kan flash camera...hmmmm...

Jumpa lagi...

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Delliema) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com (YM) atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Chocolate Moist Cupcake

Author: Delliema // Category:
Salam Dan Selamat Pagi semua...


Hari ni ada entri baru.. Chocolate Moist Cupcake yang comel dan cute ni... hmmm sama jer macam nak buat kek coklat biasa cuma yang lain nyer dia dibakar didalam Cup kecil tu jer.. lepas tu hias lah ikut kretiviti masing-masing.. saya ni bab nak menghias cupcake ni lah paling saya suka sebab kita boleh hias dan bentukkan apa saja ikut aper yang terfikir di kepala...hehe:)  lagi satu agak-agak kalau malas nak buat kek coklat boleh jer beli jer muffin lepas tu bolah gak hias kan macam kita hiaskan cupcake tu jugak... asal kreatif aper pun boleh jadi... dan kalau agak2 malas jugak lagi... apa kata tempah saja kat saya ni.. sebenarnya saya menerima tempahan untuk cupcake ni... pelbagai perasa dan topping boleh dipilih seperti...:

Jenis Cupcake:

- Chocolate Moist
- Strawberry
- Orange
- Kiwi
- Vanilla
dan banyak lagi...

Pilihan Topping:

- Buttercream
- Cheese Cream
- Fondant
- Buttercream and Gumpaste
- Freah cream
- Chocolate Ganache

Cupcake ni sangat lah sesuai untuk dijadikan hadiah, hantaran perkahwinan, jamuan dan semua kenduri kesyukuran pun boleh juga.. sebab dia sangat lah cantik kalau dijadikan hiasan dimeja utama..:) minimum tempahan bermula dari 40 biji dan keatas...kalau nak tempah lagi banyak pun boleh jugak... tapi pastikan di tempah lebih awal, untuk kuantiti yang banyak contohnya 50 biji atau 100 biji dan keatas...untuk tempahan dalam kuantiti yang banyak 50% diposit diperlukan sebagai pengesahan tempahan dan penghataran terus ke rumah anda akan dibuat.  kepada sesiapa yang berminat untuk menempah boleh terus menghubungi saya di talian : 013-2461276 (Delliema) atau boleh YM saya di : camcateh@yahoo.com

Saya sedia menerima semua tempahan dari kawasan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, penghantaran akan di caj pada kadar yang sangat minimum.