Chocolate Indulgence Cake

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat sejahtera semua,

Ni entry di tengah malam, mata dah mengantuk tapi stay gak kejap nk post kan delivery pagi tadi... pagi tadi delivery Chocolate Indulgence Cake ke Proton Edar Kelana Jaya,.. ni adalah tempahan suprise dari Puan Liza untuk birthday suami nyer... selain kek ini, customer saya ni ada buat request nak kan belon sebagai iringan ngn kek tersebut... tapi tak sempat nak snap pic belon tu...:(


Alhamdulillah walaupun memakan 2 hari untuk menyiapkan kek ini... ianya berbaloi apabila mendapat feedback yang baik dari customer saya ni... beliau kata kek ni sedap sangat dan berpuas hati... hilang rasayer semua kepenatan...:) 


Teringin gak nak tgk lapisan dalam kek ni... tapi ni kek tempahan mana boleh potong... hehehe..:) lebih kurang macam ni lah lapisan dalam dia...


Haaaa macam ni.. lapisan dalam dia... bukan lebih kurang... tapi memang macam ni lah rupanyer...:) ok lah.. tak boleh stay lama ni coz esok ada kelas... so kena cepat2 melelapkan mata... kita sambung lain kali untuk entry seterusnya ya... sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi saya 013-2461276(Eima) atau email ke camcateh@yahoo.com

Tatatititutu.... wasalam,





Coklat Moist Cake

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat sejahtera semua,

Tempahan dari Cik farah dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan rasa kek ini.. terima kasih untuk tempahan...:)


Chocolate Moist Cake


Atas permintaan customer yang inginkan kek ini di potong siap-siap. Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya di 013-2461276 atau email di camcateh@yahoo.com





Kek Coklat Extra Moist

Author: Delliema // Category:
Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua,


Alhamdulillah syukur kehadrat mu ya ALLAH dengan berkat keizinannya dapat juga saya menulis dan mengupdate semula blog saya yang agak dah lama bersawang ni... lama betul tak dikemas ruang2 yang ada di blog ini... sehinggakan benda lama-lama yang dah expiry pun duk disimpan lagi... ish..ish..ishhh..:)

Untuk tahun baru 2013 ni saya dah mulakan semula business yang dulu nyer tergendala sebentar akibat cuti bersalin.. alhamdulillah semuanyer dah selamat dan sudah selesai.. jadi untuk permulaan tahun baru ni saya memulakan dengan penjualan Kek Coklat Extra Moist...




Kek ini saya jual dalam bekas mangkuk plastik macam ni dengan harga RM5.90 semangkuk.. tekstur kek nyer memang sangat moist dengan topping coklat cair yang sangat sedap. Delivery disediakan bagi yang ingin kan penghantaran, tapi klu nak kan delivery minimum tempahan mestilah 5 bekas dan keatas ya... kalau nak datang pickup sendiri bolah gak. sebarang pertanyaan sila hubungi atau sms saya di 013-2461276 atau email di camcateh@yahoo.com




Cheezy Layer

Author: Delliema // Category:
Salam dan selamat sejahtera semua,

Ingat nk wish selamat pagi... tapi tak perasan jam dah kul 12 tengahari rupanyer... selamat tengahari...:) hari ni hari sabtu... hari tuk rehat-rehat.. so nak update lah sikit pasal product baru ni... nk kata baru tu tak lah sangat coz blog orang lain dah berkurun dah post entry pasal ni... sy ni jer baru nk post kan coz baru nk update blog semula..setelah sekian lama blog ni sepi tanpa sebarang entry baru..

Penah dengan pasal CHEEZY LAYER tak???? mungkin ader yang penah dgr tapi x penah rasa kan... so hari ni sy akan update pasal cheezy layer yang sangat sedap ni. bagi penggemar cheese memang akan suka ngn dessert ni, kerana dessert ni 100% mengunakan cheese sahaja,

Ini lah rupanyer cheezy layer tu... tapi ni untuk small cup tau... ianyer berlapis-lapis dengan pelbagai perisa. seperti perisa strawberry, blueberry, kiwi, oren, dan sebagainya... masih tak jelas lagi rupa dia macam maner?? ok cuba tgk pic bawah ni..:)


Haaaa... lapisan-lapisan tu macam ni lah...:) baru jelas kan.... hehehe..:) dah macam cikgu sekolah pulak bagi penjelasan... hehehe..:D 


Baiklah, bagi yang ingin mencuba boleh lah membuat tempahan terus dengan menghubungi atau sms saya.. atau email kan jer tempahan anda ke camcateh@yahoo.com , 

Jumpa Lagi... salam

Cream Puff

Author: Delliema // Category:
Salam dan Selamat Pagi semua.....

Hari ini nak update untuk entri baru iaitu... Cream Puff... ramai yang suka cream puff ya...??.. mestilah sebab saya pun suka sangat cream puff ini... sebiji dua biji memang tak cukup... sekali ngap tak perasan dah telan berapa biji tah... hehehe:) mana taknya.. kuih ni kan lembut dan berkrim memang sedap sangat... tapi selalunya buat untuk tempahan jer kalau ader lebih baru ler dapat makan sendiri... tapi tak per... tempahan harus didahulukan...

Baiklah, melalut pulak dah ni.... hari ini nak update entri untuk tempahan.. hari sabtu lepas saya menerima tempahan dari seorang gadis berbangsa cina yang membuat tempahan cream puff ini... terima kasih untuk tempahan Cik Kelly dari USJ 19.... beliau memesan 100 biji cream puff untuk majlis dirumahnya... seperti biasa cream puff ini memang sedap kalau fillingnya dari kastad... kalau filling lain tu tidak penah cuba lagi... takut tak sedap jer... tapi kalau anda nak cuba boleh jer... hehe...:) Selepas itu pada waktu malamnya saya menyediakan tempahan cream puff juga yang dipesan olah Cik Rina dari Shah Alam yang membuat tempahan yang sama... 1 hari ada 2 tempahan untuk cream puff... ramai betul peminat cream puff ya...:)

Ini Cream Puff sebelum dibakar.. saya menggunakan nozzel bintang untuk mendapat kan bentuk selepas siap dibakar nanti...



Ini pula Cream Puff yang telah siap di bakar... comel kan... kuning keemasan...:)


Pandangan dari dekat... untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus menghubungi saya di 013-2461276 (Eima)  atau email ke camcateh@yahoo.com  Harga untuk sebiji cream puff ini ialah RM1.00 dan minimum tempahan mestilah 50 biji dan keatas... Tempahan dibuka untuk seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Dan setiap tempahan akan dikenakan 50% deposit sebagai bukti pengesahan tempahan. Penghantaran terus ketempat anda boleh dibuat dan akan dikenakan caj penghantaran yang sangat minimum...

Selamat membuat tempahan.....

Blueberry Cheese Cake

Author: Delliema // Category:
Selamat Hari Raya.... :)

Hari ini nak update untuk entri seterusnya. Kali ini tempahan dari adik ipar saya yang berada di bangi. Beliau telah membuat tempahan Blueberry Cheese Cake untuk Hari Lahir mak dan bapa mertuanya... 


Blueberry Cheese Cake ini dihiasi dengan fresh cream keseluruhannya... Saya lebih gemar menghias kek dengan mengunakan fresh cream berbanding dengan buttercream... Bukan apa fresh cream lebih sedap kerana rasanya yang lebih kurang macam ais cream gitu...hehe..:) tapi saya ikut jer permintaan pelanggang-pelanggan saya... Terpulang kepada selera anda... fresh cream boleh, buttercream pun boleh...:)  Alamak...!! tolong abaikan barang-barang lain dibelakang dan tepi-tepi kek tu ya...hehehe..:) tak sempat nak alihkan sebelum snap gambar... maaf lah ya... sibuk wat kerja, tak perasan lak barang lain banyak kat meja...:)

Tempahan ini telah disiapkan sehari sebelum raya... Ini untuk sambutan hari lahir dan hari raya sekali lah ni...:) diharap adik ipar ku itu berpuas hati dengan rasa dan rupanya ya... Untuk anda yang ingin membuat tempahan Blueberry Cheese Cake seperti ini boleh lah membuat tempahan dengan segera...

Untuk tenpahan dan pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 013-2461276 (Eima) atau email kan tempahan dan pertanyaan anda di camcateh@yahoo.com  atau pun di bahagian comment disini pun boleh...:)

Jumpa lagi...

Oreo Cheese Cake Edible Image

Author: Delliema // Category:
Selamat Hari Raya Aidilfitri......

Salam lebaran sahabat-sahabat semua... Kemana agaknya anda semua beraya untuk tahun ini ya..?? Bagaimana dengan sambutannya.. mesti lebih meriah dari tahun lepas kan..:)  yer lah ramai yang dapat bonus...hehehe :)  beraya sakan ler yer...:) raya, raya jugak tapi simpanan jangan tak der lak nanti.. hehe..

Baik lah untuk entri kali ini saya nak update tempahan yang telah dibuat oleh ipar-ipar ku sebelum mereka pulang berhari raya hari tu....

Ini Oreo Cheese Cake yang telah ditempah oleh kakak ipar saya untuk sambutan hari lahir anak gadisnya..:)  Selamat hari lahir Khairina....:) Kek ini dihiasi dengan fresh cream keseluruhannya dan buah ceri merah... Edible Image Barbie ni permintaan khas dari khairina, dia memang peminat setia barangan keluaran Barbie...:) diharap Khairina suka dengan image barbie ni ya...:)

Kepada anda semua yang ingin membuat tempahan Oreo Cheese Cake seperti ini... boleh lah membuat tempahan segera. Jika inginkan tambahan Edible Image caj tambahan yang minimum akan dikenakan..:)  sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus menghubungi saya di 013-2461276 (Iema) atau email di mailto:camcateh@yahoo.com

Jumpa Lagi....